UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BAIK SILA GUNAKAN PELAYAR MOZILLA FIREFOX

Saturday, March 25, 2017

KEJOHANAN KRIKET LELAKI BAWAH 12 TAHUN MSSJ 2017
22 - 24 Februari 2017
MSSD Segamat, Johor
 

Sunday, October 9, 2016

PERKHEMAHAN SK PESERIAN 2016

Program Perkhemahan Pengakap SK Peserian 2016 telah dilaksanakan pada 22 - 24 September 2016. Singgahsana Homestay Sarang Buaya, Pt Yusof, Muar telah dipilih sebagai lokasi perkhemahan. Seramai 60 orang murid yang terdiri daripada ahli tiga unit beruniform SK Peserian telah menyertai aktiviti tersebut. 30 orang pegawai yang terdiri daripada guru dan kakitangan sekolah dan pekerja swasta terlibat dalam pengurusan aktiviti ini yang turut dibantu oleh Belia Pt Yusof dan bekas murid SK Peserian. Alhamdulillah, aktiviti berjalan lancar dengan sokongan semua pihak termasuklah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Peserian yang turut menyumbang sumber kewangan bagi membantu pengurusan aktiviti tersebut. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti tersebut. Berikut merupakan gambar yang sempat dirakam semasa sesi perkhemahan.

Tuesday, October 12, 2010

AKTIVITI TAHUNAN TKRS SK PESERIAN 2010

KURSUS SEMBELIHAN
TKRS SK Peserian telah menjalankan aktiviti Kursus sembelihan pada 9 Oktober, 2010 bertempat di SK Peserian, Semerah. Kursus ini bertujuan mendedahkan ahli-ahli cara menyembelih binatang mengikut hukum agama Islam, memproses hasil sembelihan seterusnya memasak secara BBQ. Kursus ini bermula kira-kira pukul 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.05 tengah hari. Kursus ini dirancang dengan teliti agar memberi peluang untuk setiap ahli TKRS SK Peserian merasai pengalaman sebenar proses penyembelihan mengikut syariat Islam.

Sila klik gambar di bawah untuk paparan yang lebih jelas mengenai aktiviti.

TKRSTKRSTKRSTKRSTKRSTKRS

Friday, April 23, 2010

PERTANDINGAN KRIKET L12 MSSM BATU PAHAT


Pada 15-16 April 2010, SK Peserian telah mewakili MPZ Semerah dalam pertandingan Kriket L12 MSSM Batu Pahat bertempat di SMK Seri Gading, Batu Pahat. Pasukan ini telah berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan tersebut yang dimenangi oleh Zon Pintas Puding dengan perbezaan mata yang kecil. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pasukan kriket SK Peserian serta pihak yang terlibat memajukan pasukan ini.

Enam orang pemain juga turut terpilih mewakili Daerah Batu Pahat ke peringkat negeri Johor. Semoga pasukan ini akan dapat mengekalkan momentum kejayaan untuk sekolah ini seterusnya melonjakkan nama SK Peserian dalam dunia pendidikan.

Tuesday, September 15, 2009

ORGANISASI BADAN BERUNIFORM
SK PESERIAN 2016

Starflower TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

Ketua Guru Penasihat : Encik Abd Ghafar Ahmad
Guru Penasihat : Encik Nazri Ghani
Guru Penasihat : Pn Khalsom Ahmad
Guru Penasihat : Pn Zalifa Daud
Guru Penasihat : Pn Hasleena Mohd Salleh
Guru Penasihat : Pn Fazidah Hanum Mohd Noh

Starflower KUMPULAN PENGAKAP KANAK-KANAK

Ketua Guru Penasihat : Encik Anuar Albar Bakri
Guru Penasihat : Pn Norahsikin Salim
Guru Penasihat : Pn Norasikin Bakari
Guru Penasihat : Pn Nora Mohd Lassim
Guru Penasihat : Pn Norafidah Mohd Lasim

Starflower PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Ketua Guru Penasihat : Pn Hjh Ruhaya Md Amin
Guru Penasihat : Pn Hjh Mahani Salehuddin
Guru Penasihat : Pn Hjh Salina Mohd Sahid
Guru Penasihat : Pn Sharifah Alawiah Syed Mohd Zain

ORGANISASI PERSATUAN & KELAB
SK PESERIAN 2016

Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Guru Penasihat : Pn Norahsikin Salim
Guru Penasihat : Pn Hjh Salina Mohd Sahid
Persatuan Bahasa Inggeris
Ketua Guru Penasihat : Pn Hasleena Mohd Salleh
Guru Penasihat : Pn Khalsom Ahmad
Persatuan Matematik & Sains
Ketua Guru Penasihat : Pn Nora Mohd Lassim
Guru Penasihat : Pn Norasikin Bakari
: Pn Zalifa Daud
Persatuan Pendidikan Islam, Jawi & Bahasa Arab
Ketua Guru Penasihat : Pn Fazidah Hanum Mohd Noh
Guru Penasihat : Pn Sharifah Alawiah Syed Mohd Zain
: Encik Abd Ghafar Ahmad
Kelab Seni Budaya
Ketua Guru Penasihat : Encik Nazri Ghani
Guru Penasihat : Encik Ahmad Ghazali bin Mukhlas
: Encik Anuar Albar Bakri
Kelab Pusat Sumber & Kitar Semula
Ketua Guru Penasihat : Pn Norahsikin Salim
Guru Penasihat : Pn Hjh Ruhaya Md Amin
: Pn Norafidah Mohd Lassim

SUKAN & PERMAINAN
SK PESERIAN 2016

Ketua : Pn Norasikin Bakari
: Encik Nazri Ghani
: Pn Norafidah Mohd Lasim
: Cik Siti Noorihan Misman

Ketua : Pn Hasleena Mohd Salleh
: Encik Abd Ghafar Ahmad
: Pn Hjh Salina Mohd Sahid
: Pn Mazila Ramli

Ketua : Pn Nora Mohd Lassim
: Pn zalifa Daud
: Pn Fazidah Hanum mohd Noh
: Pn Fazilawati M. Yusof

Ketua : Pn Sharifah Alawiah Syed mohd Zain
: Pn Hjh Ruhaya Md Amin
: Pn Norahsikin Salim
: Encik Faiz Abd Rahman

PENCAPAIAN 2016
Tahniah kepada Pasukan Kriket MSSD Batu Pahat yang turut diwakili oleh 3 orang murid SK Peserian ( Amirul Albar Anuar Albar, Hishamudin Johari, Mohd Haikal Othman )dan Encik Anuar Albar Bakri kerana telah menjadi Johan dalam kejohanan Kriket Bawah 12 Tahun MSSJ 2016 yang telah diadakan di MSSD Segamat pada 27 - 28 Julai 2016. Amirul Albar pula telah dipilih sebagai 'Best Bowler' dalam kejohanan tersebut. Amirul Albar dan Hishamudin juga telah terpilih mewakili Kriket MSSJ ke kejohanan di peringkat MSSM.
Tahniah kepada Pasukan Kriket MSS Semerah yang diwakili oleh murid-murid SK Peserian dan SK Seri Pengkalan kerana telah menjadi Naib Johan dalam kejohanan Kriket Bawah 12 Tahun MSSD Batu Pahat 2016 yang telah diadakan di Padang SMK Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat pada 13 - 14 Julai 2016.
Tahniah kepada Pasukan Olahraga SK Peserian kerana berjaya sebagai pasukan ke-7 terbaik daripada 18 buah sekolah yang menyertai Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon Semerah pada 22 -23 Februari 2016 bertempat di Padang SMK Semerah. Wakil sekolah juga berjaya menyertai beberapa acara akhir balapan dan padang sertai mengutip 1 pingat emas (200 M - Lelaki 12), 1 pingat perak, 1 pingat gangsa (Lompat tinggi - P10). Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin semangat kepada acara lain yang disertai oleh sekolah untuk mencapai kejayaan yang gemilang dan terbilang.
PENCAPAIAN 2015

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Kriket Bawah 11 Tahun SK Peserian yang telah memenangi tempat ketiga dalam Kejohanan Kriket Outreach Bawah 11 Tahun MSSJ 2015 yang diadakan pada 15 - 17 November, 2015 bertempat di Akademi Kriket Johor, Mutiara Rini, Johor Bahru.


Tahniah diucapkan kepada Encik Anuar Albar kerana telah menerima Anugerah Tokoh Guru (Kokurikulum) 2015 daripada pihak MPZ Semerah


Tahniah diucapkan kepada Hisyamuddin Abd Kahhar kerana telah dipilih menerima Anugerah Tokoh Murid (Kokurikulum - Individu) 2015 daripada pihak MPZ Semerah


Tahniah diucapkan kepada Pasukan Kriket U10 SK Peserian kerana telah meraih Naib Juara dalam Kejohanan Kriket U10 Super 7 Daerah Muar 2015. Seorang pemain sekolah iaitu Amirul Albar bin Anuar Albar telah dianugerahkan 'Best All Rounder' bagi pertandingan tersebut.


Tahniah kepada Pasukan Kriket Bawah 12 Tahun MSSJ kerana telah menjadi Johan U-12 dalam Kejohanan Kriket MSSM 2015 yang berlangsung pada 7 - 12 Jun, 2015 bertempat di Sg Petani, Kedah. Warga sekolah turut berasa bangga kerana pasukan ini turut disertai oleh seorang murid sekolah ini iaitu Hisyamuddin Abd Kahhar (Kelas 6 Ibnu Khaldun).


Syabas diucapkan kepada Hisyamuddin Abd Kahhar kerana telah membantu Kelab Kriket Pt Jawa menjadi juara dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan (Perisai Tun Ahmad Sarji)yang dijalankan pada 25 - 31 Mei, 2015 bertempat di Bayuemas Oval & Victoria Oval. Beliau juga telah dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan tersebut.


Tahniah kepada Pasukan Kriket MSSD Batu Pahat yang turut diwakili oleh 3 orang murid sekolah ini iaitu Hisyamuddin Abd Kahhar, Hishamuddin Muhd Johari dan Amirul Albar Anuar Albar serta guru pembimbing Encik Anuar Albar Bakri kerana berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan kriket U12 MSSJ yang berlangsung pada 6 - 9 Mei, 2015 di MSSD Pontian.Hisyamuddin Abd Kahhar juga turut memenangi 'Best Bowler' dalam pertandingan tersebut. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga SK Peserian.


Tahniah kepada Pasukan Bola Tampar (L/P) SK Peserian yang mendapat tempat ke-4 dalam Pertandingan Bola Tampar MPZ Semerah yang berlangsung pada 21 April 2015 bertempat di Padang SMK Semerah.


Tahniah kepada Pasukan Kriket MPZ Semerah yang diwakili oleh SK Peserian dan SK Seri Pengkalan kerana berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Kriket Bawah 12 Tahun MSSD Batu Pahat 2015 yang dijalankan pada 13 -14 April, 2015 di SMK Tunku Mahmood Iskandar, Senggarang, Batu Pahat.


Tahniah kepada Kontigen Olahraga SK Peserian kerana telah memperolehi 3 pingat perak dan 1 pingat gangsa serta menduduki tempat ke-6 daripada 18 buah sekolah dalam Kejohanan Balapan dan Padang MPZ Semerah 2015.


Tahniah kepada Pasukan Bola Baling (P) SK Peserian kerana telah berjaya ke peringkat separuh akhir dan menduduki tempat ke-4 dalam Pertandingan Bola Baling MPZ Semerah 2015.


GALERI KOKURIKULUM 2010

TKRSTKRSTKRSTKRSTKRSTKRS

IKATAN DAN SIMPULAN

1. IKATAN PENGAIL

2. IKATAN PENDAKI

3. TINDIH KASIH

3. IKATAN RERAMA

4. IKATAN PENGAIL BERGANDA

5. IKATAN AIR